Thursday, December 31, 2009

PROJEK FRANCAIS eCOSWAY / COSWAY

Perniagaan Francais di kategorikan sebagai perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak francais itu pula ialah Francaisor. Perniagaan Francais adalah perniagaan yang memerlukan modal yang besar lebih kurang RM200 ribu ke RM2.5 juta sebagai permulaan. Biarpun Perniagaan francais sememangnya memerlukan modal yang banyak, namun keuntungan yang akan diperolehi juga adalah berganda walaupun pulangan modal mengambil masa yang lama sehingga menjangkau bertahun-tahun. Namun begitu tidak semua orang mampu untuk memiliki peluang berniaga dengan modal yang agak besar tersebut memandangkan status kewangan serta syarat-syarat bank yang agak ketat dalam memberikan pinjaman untuk memulakan perniagaan tersebut.

Perniagaan francais sememangnya mendatangkan keuntungan dari segi kewangan. Diantara perniagaan francais yang kita tahu adalah KFC, McDonalds, Stesen Minyak Shell, Petronas, 7Eleven dan sebagainya. Walaupun kekurangan @ ketiadaan modal yang mencukupi namun masih ada juga prospek yang ingin melakukan perniagaan francais kerana mereka yakin kepada diri mereka dan latar belakang perniagaan yang akan mereka ceburi. Oleh kerana itu, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Cosway untuk memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri didalam projek ini. kami merupakan dilantik dan mendapat pengiktirafan dari eCosway untuk mencari bakal-bakal stokist baru yang berkelayakan terutamanya Bumiputra. Jika anda memohon untuk membuka Stokist melalui kami, kami akan sedaya upaya menolong anda dengan menyediakan contoh proposal yang terbaik dan bantuan-bantuan lain demi memastikan anda berjaya membuka stokist impian anda. Kerjasama dua hala ini memastikan keuntungan sama rata antara kedua-dua belah pihak (anda dan kami)


eCosway  telah membuka peluang Projek Francais Tanpa Modal Dan Risiko kepada semua rakyat Malaysia untuk memulakan perniagaan bersama mereka dan berganding bahu bersama-sama demi mencapai kesejahteraan hidup dan matlamat menguasai dunia francais MLM dengan penubuhan stokist-stokist baru di seluruh Malaysia dan serata kawasan. Cosway adalah Syarikat dibawah Berjaya Berhad dan Berjaya menyuntik modal sebanyak 500 juta kepada Cosway untuk menjalankan projek ini. Peluang keemasan oleh eCosway ini perlulah direbut segera kerana eCosway sedang mengejar target mereka untuk memenuhi kuota Bumiputra yang diarahkan kerana jika tak cukup target lesen mereka akan ditarik balik. Pelancaran projek Fasa 1 ini telah bermula semenjak tahun lepas iaitu pada Mac  2008 dan Fasa 2 pula bermula April 2009. 1000 buah Sales Centre khas untuk Bumiputra akan di buka di seluruh Malaysia, 300 kedai daripada itu akan dibuka di KL Apa yang menariknya projek ini, peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sama sekali dan semua kelengkapan kedai serta stok adalah tanggungan pihak eCosway. Setiap stokist yang boleh dibuka pula mestilah dalam jarak lingkungan 1 km dengan stokis yang lain. Projek francais eCosway menyediakan semua kemudahan tersebut termasuklah :-


  1. Sewa bulanan secara PERCUMA.
  2. Deposit permulaan kedai PERCUMA.
  3. Renovasi keseluruhan secara PERCUMA.
  4. Infrastruktur PERCUMA.( TV Plasma, DVD Player, Aircondition, pemasangan CCTV,Komputer,Mesin swap kad kredit     dan semua kelengkapan asas kedai ).
  5. Stok bernilai RM300,000-RM500,000 PERCUMA.
  6. Bil elektrik dan air PERCUMA.
  7. Promosi syarikat PERCUMA.

Projek bersama eCosway merupakan satu-satunya projek francais yang hanya semata-mata menumpukan untuk matlamat mencari stokist bukannya untuk bertujuan membina  network seperti group-group yang lain yang hanya berminat untuk membentuk rangkaian tetapi tidak menumpukan soal-soal pencarian stokist. Sudahlah begitu,mereka pula mengenakan syarat-syarat yang agak membebankan bakal pemohon seperti memerlukan ev (jumlah nilai jualan) yang tinggi sebagai syarat permohonan. Itu hanya menguntungkan mereka semata-mata. Ini boleh mencemarkan nama baik projek yang sedang eCosway  jalankan kerana hakikat yang sebenarnya bukanlah begitu.

Projek eCosway ini telah di buka juga di seluruh negara lain juga seperti di Indonesia - 2000 sales centre, China - 5000 sales centre, Thailand – 2000 sales centre, Singapore - 500 sales centre serta banyak lagi negara-negara yang terlibat dalam projek ini..antara lainnya Jepun, Korea dan India. Jika kita mempunyai kenalan di sana pun masih boleh berpeluang membuka sales centre mereka sendiri di kawasan yang mereka duduki sekarang. eCosway telah menetapkan lokasi yang strategik serta sesuai untuk kita berniaga, antara lokasi yang telah di tetapkan termasuklah :-


  1. Kawasan kedai bawah kondo/apartment seperti sebelah kedai dobi atau kedai runcit.
  2. Shopping mall spt Giant, Tesco, serta Jaya Jusco - ini kerana Cosway sendiri telah buat perjanjian dalam kawasan shopping mall tersebut mesti ada ecosway punya kedai.
  3. Shoplot / rumah kedai.
  4. Pekan-pekan kecil atau bandar kecil.

Ciri-ciri  stokis eCosway

  1. Produk melebihi 5000 jenis.
  2. Setiap bulan Cosway akan memperkenalkan produk baru.
  3. Katalog promosi  bulanan akan dihantar ke setiap ahli.
  4. Perniagaan barangan harian rumah yang mengundang ulang belian tinggi.

Barangan jualan kedai stokist

  1. Barangan rumahtangga - pencuci lantai, sabun, pencuci pinggan mangkuk, pembersih sayur, ikan dsb.
  2. Perkakasan dapur - peralatan memotong makanan, pencincang, pengupas bawang dsb.
  3. Produk kosmetik & jagaan kulit/rambut-bedak, krim, losyen, pencuci muka, dye  rambut dsb.
  4. Perkakasan kenderaan - cecair penjimatan minyak dsb.
  5. Barangan makanan harian - biskut, roti, kek dsb.
  6. Barangan elektik - mesin kacang soya, sandwich maker, blender dsb.
  7. Keperluan peribadi - tuala wanita, pencukur, bra dsb.
  8. Supplemen kesihatan - jamu, pil-pil vitamin, energy pendant dsb.
  9. Dll

PENDAPATAN  STOKIST:

Pendapatan 1

Pendapatan dari Plan eCosway ini adalah komisyen 10% (5% jika kedai dalam hypernarket - sebab sewa bulanan tinggi dan keuntungan besar) dari keseluruhan jualan bulanan produk di kedai tersebut..jadi sesiapa yang membuka sales centre mereka sendiri maka automatik 10% daripada sales produk dia akan dapat..contoh sebulan kedai dia dapat RM150,000 x 10% maka total bersih dia dapat RM15,000. Tak perlu bayar sewa, bil elektrik, air serta renovation lagi, sebab tu semua cosway yang tanggung.

Pendapatan 2

Dari network Income contohnya ahli yang mendaftar di bawah stokis  kita, kalau mereka nak beli barang secara diskaun dan mendapat kupon redemption (penebusan) mestilah la jadi ahli supaya dapat semua kelebihan tersebut jadinya bila kedai kita sendiri dah buka nanti, setiap keahlian dan pembelian melalui orang bawah pun kita masih menikmati komisyen tersebut. Begitu juga dengan mereka yang memohon untuk membuka stokis melalui anda, jika permohonan mereka berjaya, anda yang akan mendapat komisyen. (Branch Override)

Pendapatan 3

Melalui pendaftaran Umobile. Sekarang ni Umobile merupakan salah satu anak syarikat under Berjaya Berhad. So sesiapa yang ahli eCosway automatik akan menggunakan talian Umobile 018 secara percuma ke no 018 yg lain. Setakat ini mereka akan melebarkan rangkaian mereka di seluruh Malaysia dan masih lagi dalam proses untuk sampai ke Sabah dan Sarawak. Setiap kali kita bawa masuk ahli daftar untuk eCosway Umobile  dan stokis pun proses. So setiap kali proses pendaftaran akan dapat komisyen  RM 60/100 jika di stokis KL pendapatan dari pendaftaran Umobile sahaja hampir RM18,000 setiap bulan untuk stokis.

Pendapatan 4

Sales Target Achievement. Ini kalau kita capai sasaran sales untuk bulanan tersebut maka akan dapat la bonus ni. Jika tak dapat sasaran pun tak ada apa-apa masalah, cuma tak dapat la bonus bagi bulan tersebut.

Pendapatan 5
Melalui pemprosesan keahlian eCosway, setiap stokis layak untuk mendapat 4% dari nilai pendaftaran tersebut jika ahli tersebut menggunakan cash 2% jika ahli menggunakan kad kredit.

Pendapatan 6

Pendaftaran eCosway Ambank Kredit kad serta Debit kad. Setiap pendaftaran akan diberikan RM50 untuk proses. Jika layak atau tidak itu adalah kuasa bank yang terlibat. Jadi jika kita usul sahaja permohonan tersebut automatik kita akan dapat komisyen dari proses borang tersebut. Bukannya dah approve baru kita dapat komisyen. Setiap ahli yang gunakan kad tesebut, setiap kali swap...kita akan dapat eV iaitu dalam bentuk bonus dan duit...so jika ramai downline kita yang guna kad kredit lagi banyak la eV yang kita kumpulkan..antara lain kegunaan untuk shopping serta beli tiket kapal terbang.

Pendapatan 7
Cabutan wang tunai untuk kedai bertuah yang terpilih-hadiahnya RM 10k

Pendapatan 8
Melalui jualan secara manual melalui katalog kepada jiran-jiran atau kawan.

Saya rasa mungkin anda pernah mendengar tentang program ini dimana-mana yang menyatakan syarat untuk membuka stokis ini memerlukan RM50K atau sebagainya untuk cagaran. Ini merupakan khabar angin yang tidak berasas sama sekali. Begitu juga ada yang menyatakan bahawa untuk memohon projek francais ini haruslah membentuk network atau rangkaian untuk melayakkan anda memohon. Itu juga adalah tidak tepat. Buka stokis dulu, dapat keuntungan dan binalah network anda sendiri. Bila dah berjaya orang yang akan cari kita, bukan? Bila orang nak jadi ahli pun orang akan pergi ke stokis, betul tak? Saya hanya ingin membantu anda semua supaya berjaya membuka stokis anda sendiri. Itulah matlamat utama saya hanya untuk sama-sama mendapat keuntungan bukan hanya saya tetapi untuk anda  semua. Anda dapat buka stokis, anda yang mendapat pulangan. Saya pula mendapat komisyen daripada stokis yang akan anda buka.

SYARAT-SYARAT BUKA STOKIS

  1. Mesti la ahli B.O eCosway - syarat Wajib siapa yang belum mendaftar sila hubungi saya, ni kalau  tak daftar siapa yang nak kasi komisyen. k. Cara nak mendaftar nanti, anda mesti pergi ke mana-mana stokist Cosway dan bagi tau nak daftar untuk BO (BUSINESS OWNER) dengan bayaran RM 100. Dekat borang tu nanti masukkan ID Penaja iaitu saya MY xxxxx. Dah daftar nanti sms saya nama penuh, no tel anda dan alamat stokist tempat anda mendaftar. Saya akan hubungi stokist terbabit untuk pengesahan.
  2. Wanita - kerana kebanyakan produk eCosway adalah barangan Wanita. Jadi jika lelaki nanti malu la customer nak tanya size cup bra yang available nanti...betul tak? Jika lelaki pun boleh jadi ahli.. tapi yang memohon mesti la wanita samada wife, adik beradik, atau kenalan.
  3. Umur 25 - 55 Tahun.. ni hanya lah guideline saja.. jika 21 tahun pun masih boleh buka stokis sekiranya dia matang serta berminat utk berniaga... jika umur tu 55 atau lebih pun boleh tapi mesti la sihat tubuh badan...cerdas dan cergas.
  4. Pendidikan minimum SPM - ni semata2 guideline sahaja...tapi kalau PMR pun tak apa asalkan tahu membaca, mengira dan menulis.
  5. Tahu Asas Komputer.
  6. Boleh menyediakan sekuriti deposit sebanyak RM 10K bersama 2 penjamin bergaji RM 3-3.5k atau  seorang penjamin jika bergaji RM 5k keatas. Ataupun jika tak mahu penjamin maka deposit RM 30k diperlukan.
  7. Tapi takpe kalau tak ada modal sebanyak tu, pinjaman dan guarantor boleh kami uruskan. Jangan risau kerana jika anda  mohon melalui saya, kerana saya direct terus dengan upline yang paling atas, jadi itu bukanlah satu hal besar kerana kami ada wakil kami di setiap institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam projek ini asalkan aje anda lulus temuduga kami dan menerima surat tawaran @ offer letter dari eCosway yang bermakna anda layak untuk mengusahakan projek francais kami. Bila dah dapat surat tawaran dari pihak Cosway, mereka akan meminta anda merujuk surat tersebut semasa memohon loan di mana-mana institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam projek ini (contohnya BSN), serta-merta loan anda akan diluluskan 100%.. Ini adalah jaminan Cosway. Kita orang melayukan so kita sama –samalah tolong bangsa kita sendiri.
  8. Dinamik serta bersifat usahawan.

BAGAIMANA NAK MOHON...??


  1. Isi borang stokistship yg boleh di perolehi dari saya atau (Wakil Francais konsultan).
  2. Pilih lokasi anda rasa sesuai dan ambil gambar serta buat sedikit survey di kawasan tersebut antara nya kepadatan penduduk serta bilangan kaum dan keluasan kawasan.
  3. Samada kita nak convert ke perniagaan yang sedia ada pun boleh juga... ni antara lain buka peluang pada kawan-kawan kita yang sudah ada perniagaan tapi hidup segan  mati  tak mau..hehe...so kita boleh bagi peluang ni pada mereka juga...
  4. Contoh Proposal kami sediakan. Anda hanya perlu ikut sahaja.
PROSES PERMOHONAN

  1. Hantar borang pada saya atau (Wakil Francais Consultant) untuk di hantar ke HQ di KL. Jangan lupa belajar tentang produk kerana itu akan ditanya dalam temuduga  nanti. Senarai tu akan saya bagi juga selepas anda mendaftar.
  2. Aktifkan extra incentives dalam masa 30 hari selepas mendaftar :-
- minimum 100 ev (untuk satu cawangan) = RM 440
- 250 ev untuk 3 cawangan yang anda ingin buka = RM 1080
- 500 ev untuk tak terhad berapa banyak cawangan yang ingin dibuka
(saya akan bagi list pakej produk selepas anda mendaftar sebagai BO nanti)
3.     Tunggu untuk temuduga dalam 1-2 bulan selewat-lewatnya (bergantung kepada lokasi yang anda pilih, jika tempat tu didapati ada potensi maka cepatlah proses  pembukaan stokis. Kadang-kadang tak sampai sebulan).
4.     Lulus temuduga akan di hantar training selama 7-10 hari.
5.     Final step sebelum masuk meniaga kita kena sediakan deposit RM10,000. Ni syarat semata-mata  sama macam sewa rumah..mesti ada deposit.. so kalau kita nak niaga lagi boleh pulangkan semula RM10,000 tu akan dikembalikan.
6)     Seperti yang saya nyatakan tadi, loan akan kami uruskan sekiranya anda tiada modal sebanyak tu. Jaminan eCosway ialah apabila saja anda lulus temuduga, proses renovatian kedai pilihan anda telahpun bermula walaupan loan yang kita apply melalui eCosway tadi belum lagi dapat keputusan. Ini bermakna eCosway begitu yakin akan peratusan kejayaan loan akan diluluskan kerana institusi kewangan yang terlibat memberi pinjaman merupakan rakan dagangan usahasama eCosway juga. Pihak bank juga tak minta apa-apa sebagai cagaran. Lagipun anda hanya perlu membayar deposit terbabit bila kedai sudah siap sepenuhnya dan barang-barang pula sudah dimasukkan hanya menunggu masa ianya beroperasi sahaja.
7.     Saya juga telah dapatkan pengesahan daripada pihak stokis Bumiputra yang sudah berjaya membuka sales centre mereka bahawa segala yang eCosway janjikan adalah benar termasuklah proses pinjaman mereka diluluskan dengan cara yang mudah sekali tanpa kerenah birokrasi dan mereka pun dah dapat hasilnya sekarang. Saya akan beri no tel stokis terbabit sekiranya anda mendaftar. Mereka ini pun bukanlah daripada golongan yang mempunyai wang secukupnya untuk memulakan perniagaan, tetapi melalui eCosway mereka berjaya menunaikan impian mereka dan amat berterima kasih kepada eCosway atas peluang yang diberikan.
8.     Tentang Penjamin ini pula ialah untuk buktikan pada Cosway yang kita ni orang yang boleh dipercayai, tapi penjamin  tak perlu risau apa-apa, mereka tiada tanggungjawab atas kehilangan barang serta masalah kecurian kerana Cosway ada insurance serta apa-apa masalah mereka rujuk pada pihak Polis serta CCTV,  jadi mereka ni cuma jaminan untuk layak buka kedai sahaja tiada kena mengena masalah yang akan datang.
9.     Apabila anda yang lebih awal memohon untuk membuka stokist di sesuatu kawasan, Cosway akan reserve tempat tersebut untuk pemohon tadi dan seterusnya  block tempat tersebut daripada pemohon lain. Maksudnya pemohon lain tidak boleh mencadangkan kawasan tersebut didalam permohonan mereka sehinggalah pemohon awal tadi lulus dalam temuduga. Jikalau pemohon awal gagal didalam temuduga mereka barulah sekatan tadi  akan ditarik balik dan dibuka semula untuk pemohon lain. Oleh itu adalah penting untuk anda bersedia dalam temuduga tersebut. (apa yang akan ditanya dalam temuduga tersebut kami akan bimbing anda nanti)

Sekian,terima kasih dari saya. Inilah serba sedikit tentang penerangan yang dapat saya berikan untuk anda. Semoga anda dapat memahami program ini sebaik mungkin dan seterusnya berani untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda. Jangan lepaskan peluang ini sementara ia masih terbuka luas untuk anda. Ingatlah bahawa masa itu emas. Jika terlepas peluang anda yang akan rugi nanti. First come, first serve.


Tuesday, December 29, 2009

SOALAN2 DAN JAWAPAN LAZIM DITANYA SEMASA INTERVIEW


BAHAGIAN 1

Untuk tempoh permulaan 10 minit pertama anda dan penemuduga akan beborak pasal kehidupan anda (bukan berkenaan dgn bisnes) point yg ditanya:

·         Family
·         kerjaya sekarang
·         anak2
·         masa berkerja
·         suasana bekerja
·         masa cuti
·         hobi
·         kenapa mahu buat bisnes ni?
·         macamna nak handle bisnes nie dari segi kerjaya sekarang jika terpilih? (berhenti jwpn nya.. cakap dah buat persediaan untuk berhenti)
·         macamna dgn famili dan anak2 nanti? (cakap dah ada pembantu abang atau kakak atau adik atau sedara yg akan jaga anak dan bantu kedai..jgn cakap MAK atau AYAH sebab mereka dah berusia kurang sesuaii..)

Anda WAJIB juga tanya pada penemuduga soalan2 ni:

·         encik asal org mana dan di KL tinggal dimana?
·         puji2 sikit penemuduga kata dia mesti banyak pengalaman handle temuduga dan bermacam2 org dah jumpa..
·         rancakkan perbualan dengan senyum dan mesra..(jgn nampak kaku)
·         Andai penemuduga kata dia berasal dari temapat ni(contoh : JB), katakanlah pada dia awak nie selalu turun ke JB kata ada sedara kat sana.. (ini penting bagi nampakkan satu jalinan perbualan yang lancar dan mesra)

BAHAGIAN 2 -  (product knowledge & selling skills)

Encik Azhar.. tlg terangkan fungsi product SE pendent ni??
Cara jawab : Pertama sekali

·         pegang product tersebut
·         rapatkan diri anda dgn penemuduga
·         tengok muka penemuduga dan expalained product tersebut. (anggap penemuduga mcm pembeli)
·         selalunya SE pendent kita kena tambahkan dgn Magnetic necklaces untuk keberkesanan yang maksimum..
·         jgn lupa setiap product yg diterangkan kita kena tau anggaran harga product tersbut (ini kerana jika product tersebut beharga dalam rm20, kita bole cadangkan pada penemuduga TAMBAHAN product lain  yang beharga sekitar rm 10 ( colklat2 biasanya dalam rm10) untuk
·         MELENGKAPKAN harga menjadi rm30 (kebaikan dapat 1RC-redemption coupon) explained kenapa perlu lengkapakan RM30 dan dapat 1RC?? (jwpn: untuk dapat redem@tebus  barang2 yg dioffer dgn guna kupon tersbut ) cara untuk tebus boleh rfer pd buklu Redemption atau pada barang2 redemption yg ada di kedai tersbut. lagi banyak kupon terkumpul, lagi banyak dan bernilai barang yg akan dapat di tebus nanti)

PRODUCT2 YG WAJIB ANDA TAHU ADALAH:

- SE pendent
- Nano water
-  Ecomax pencuci dan brg2 lain Ecomax berkaitan dgn pencuci
-  Bioglo products.
-  Supplement food : chorella & spirulina, glucosomine & chondroitine(untuk sendi2 lutut dan tangan)

Tips Menjawab setiap product mcm saya explained SE pendent tadi..KONSEP MENJAWAB sama! produk sahaja BERBEZA!


Pastu kena tau juga apa makna BO, VIP SHOPPER, RC, RP, maintenance, QU
ecosway dah beroperasi diberapa buah negara? apa beza eCosway dan Cosway?
eV set package ( 100 ev@rm440-rm500, 250eV@rm1080-rm1200, 500eV@rm2180-rm2300 )

kena tau juga kiraan komisen ASAS bisnes apa dimaksudkan dengan :

- Keuntungan Runcit
- Cawangan berganda
- Insentif  Prestasi Cawangan
- Insentif ekstra

Semua JAWAPAN (kecuali product knowledge & Selling Skills) ada di dalam buku Finally @ BETTER WAY beharga rm10 tu.,.


Thursday, November 26, 2009

4 PERKARA UTAMA WAJIB DIKETAHUI SEBELUM TEMUDUGA



(1) Pengetahuan tentang fungsi produk-produk terpilih
(Products knowledge)
Ada 48 jenis produk shj yang wajib diketahui fungsi-fungsinya.
eCosway keseluruhannya memiliki hampir 5000 jenis produk
(2) Cara-cara yang sebetulnya bagi mempromosikan produk-produk tersebut
(Selling Skills)
(3) Konsep Pemilikan Perniagaan Global yang diamalkan oleh syarikat eCosway
(A Revolutionary In Global Business Ownership)
Formula Kejayaan eCosway
Konsep harga
konsep Promosi
Koonsep Fizikal
Pelan Keuntungan
Ganjaran Belian- Slogan : Jimat, Raih dan Menang!
Mata Penebusan (RP) Redemption Point
Kupon Penebusan (RC) Redemption Coupon
Kad Bank Jenama (Ambank & eCosway)
Mata Nilai Kad (CVP) Card Value Point
Lelongan CVP(tebus barang-barang berjenama menggunakan CVP)
(4) Pelan Perniagaan
(Marketing Plan)
Apa yang perlu dilakukan selepas submit proposal?
1
Buat latihan baca dan ingatkan fungsi-fungsi 16 produk dalam masa 1minggu.
Dengan ini jika selama 3 minggu, anda dah boleh ingat 48 produk.
2
Setiap minggu pergi ke mana-mana kedai eCosway yang berhampiran dengan
tempat tingal anda dan belajar secara teori dan praktikal 16 produk tersebut
Anda lebih yakin dan lebih mudah faham bagaimana untuk mempromosikan
produk-produk tersebut dengan lebih efektif
Lakukan 2@3 seminggu di kedai berhampiran
3
Kenapa ianya mesti dibuat dikedai2 eCosway berbanding anda baca sendiri dirumah??
Jawapannya… Anda dapat belajar, tengok dan praktikan secara REAL dan jelas
cara yang SEBETULNYA .
Anda juga akan dapat pengalaman yang REAL dan dapat rasakan seolah-olah
andalah pemilik kedai eCosway tersebut
4
Lagi cepat anda belajar dan bersedia, lagi cepat temuduga dan  peluang anda dapat kedai cerah!
5
eCosway akan lebih focus pada pemohon kedai yang betul-betul dan bersungguh-sungguh
nak memohon kedai. Bukan latar belakang kerjaya, pendidikan dan pengalaman berniaga
atau tiada pengalaman berniaga. So sebelum temuduga, tolong tunjukan kesungguhan
anda belajar dan tingkatkan ilmu ttg persediaan sebelum temuduga yang diberikan ini.
Company akan luluskan pemohon kedai walaupun lokasi kedai tersebut sudah ada
orang lain yang ambil etc.