Perniagaan Francais di kategorikan sebagai
perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak
francais itu pula ialah Francaisor. Perniagaan Francais adalah perniagaan yang
memerlukan modal yang besar lebih kurang RM200 ribu ke RM2.5 juta sebagai
permulaan. Biarpun Perniagaan francais sememangnya memerlukan modal yang
banyak, namun keuntungan yang akan diperolehi juga adalah berganda walaupun
pulangan modal mengambil masa yang lama sehingga menjangkau bertahun-tahun.
Namun begitu tidak semua orang mampu untuk memiliki peluang berniaga dengan
modal yang agak besar tersebut memandangkan status kewangan serta syarat-syarat
bank yang agak ketat dalam memberikan pinjaman untuk memulakan perniagaan
tersebut.
Perniagaan francais sememangnya mendatangkan keuntungan dari segi kewangan. Diantara perniagaan francais yang kita tahu adalah KFC, McDonalds, Stesen Minyak Shell, Petronas, 7Eleven dan sebagainya. Walaupun kekurangan @ ketiadaan modal yang mencukupi namun masih ada juga prospek yang ingin melakukan perniagaan francais kerana mereka yakin kepada diri mereka dan latar belakang perniagaan yang akan mereka ceburi. Oleh kerana itu, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Cosway untuk memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri didalam projek ini. kami merupakan dilantik dan mendapat pengiktirafan dari eCosway untuk mencari bakal-bakal stokist baru yang berkelayakan terutamanya Bumiputra. Jika anda memohon untuk membuka Stokist melalui kami, kami akan sedaya upaya menolong anda dengan menyediakan contoh proposal yang terbaik dan bantuan-bantuan lain demi memastikan anda berjaya membuka stokist impian anda. Kerjasama dua hala ini memastikan keuntungan sama rata antara kedua-dua belah pihak (anda dan kami)
eCosway telah membuka peluang Projek Francais Tanpa Modal Dan Risiko kepada semua rakyat Malaysia untuk memulakan perniagaan bersama mereka dan berganding bahu bersama-sama demi mencapai kesejahteraan hidup dan matlamat menguasai dunia francais MLM dengan penubuhan stokist-stokist baru di seluruh Malaysia dan serata kawasan. Cosway adalah Syarikat dibawah Berjaya Berhad dan Berjaya menyuntik modal sebanyak 500 juta kepada Cosway untuk menjalankan projek ini. Peluang keemasan oleh eCosway ini perlulah direbut segera kerana eCosway sedang mengejar target mereka untuk memenuhi kuota Bumiputra yang diarahkan kerana jika tak cukup target lesen mereka akan ditarik balik. Pelancaran projek Fasa 1 ini telah bermula semenjak tahun lepas iaitu pada Mac 2008 dan Fasa 2 pula bermula April 2009. 1000 buah Sales Centre khas untuk Bumiputra akan di buka di seluruh Malaysia, 300 kedai daripada itu akan dibuka di KL Apa yang menariknya projek ini, peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sama sekali dan semua kelengkapan kedai serta stok adalah tanggungan pihak eCosway. Setiap stokist yang boleh dibuka pula mestilah dalam jarak lingkungan 1 km dengan stokis yang lain. Projek francais eCosway menyediakan semua kemudahan tersebut termasuklah :-
- Sewa bulanan secara PERCUMA.
- Deposit permulaan kedai PERCUMA.
- Renovasi keseluruhan secara PERCUMA.
- Infrastruktur PERCUMA.( TV Plasma, DVD Player,
Aircondition, pemasangan CCTV,Komputer,Mesin swap kad kredit dan semua kelengkapan asas kedai ).
- Stok bernilai RM300,000-RM500,000 PERCUMA.
- Bil elektrik dan air PERCUMA.
- Promosi syarikat PERCUMA.
Projek bersama eCosway merupakan satu-satunya projek francais yang hanya semata-mata menumpukan untuk matlamat mencari stokist bukannya untuk bertujuan membina network seperti group-group yang lain
yang hanya berminat untuk membentuk rangkaian tetapi tidak menumpukan soal-soal
pencarian stokist. Sudahlah begitu,mereka pula mengenakan syarat-syarat yang
agak membebankan bakal pemohon seperti memerlukan ev (jumlah nilai jualan) yang
tinggi sebagai syarat permohonan. Itu hanya menguntungkan mereka semata-mata. Ini
boleh mencemarkan nama baik projek yang sedang eCosway jalankan kerana hakikat yang sebenarnya
bukanlah begitu.
Projek eCosway ini telah di buka juga di seluruh negara lain juga seperti di Indonesia - 2000 sales centre, China - 5000 sales centre, Thailand – 2000 sales centre, Singapore - 500 sales centre serta banyak lagi negara-negara yang terlibat dalam projek ini..antara lainnya
- Kawasan kedai
bawah kondo/apartment seperti sebelah kedai dobi atau kedai runcit.
- Shopping mall
spt Giant, Tesco, serta Jaya Jusco - ini kerana Cosway sendiri telah buat
perjanjian dalam kawasan shopping mall tersebut mesti ada ecosway punya kedai.
- Shoplot /
rumah kedai.
- Pekan-pekan
kecil atau bandar kecil.
Ciri-ciri stokis eCosway
- Produk
melebihi 5000 jenis.
- Setiap bulan Cosway
akan memperkenalkan produk baru.
- Katalog
promosi bulanan akan dihantar ke
setiap ahli.
- Perniagaan
barangan harian rumah yang mengundang ulang belian tinggi.
Barangan jualan kedai stokist
- Barangan rumahtangga
- pencuci lantai, sabun, pencuci pinggan mangkuk, pembersih sayur, ikan
dsb.
- Perkakasan
dapur - peralatan memotong makanan, pencincang, pengupas bawang dsb.
- Produk
kosmetik & jagaan kulit/rambut-bedak, krim, losyen, pencuci muka, dye rambut dsb.
- Perkakasan
kenderaan - cecair penjimatan minyak dsb.
- Barangan
makanan harian - biskut, roti, kek dsb.
- Barangan
elektik - mesin kacang soya, sandwich maker, blender dsb.
- Keperluan
peribadi - tuala wanita, pencukur, bra dsb.
- Supplemen
kesihatan - jamu, pil-pil vitamin, energy pendant dsb.
- Dll
PENDAPATAN STOKIST:
Pendapatan 1
Pendapatan dari Plan eCosway ini adalah komisyen
10% (5% jika kedai dalam hypernarket - sebab sewa bulanan tinggi dan keuntungan
besar) dari keseluruhan jualan bulanan produk di kedai tersebut..jadi sesiapa
yang membuka sales centre mereka sendiri maka automatik 10% daripada sales
produk dia akan dapat..contoh sebulan kedai dia dapat RM150,000 x 10% maka
total bersih dia dapat RM15,000. Tak perlu bayar sewa, bil elektrik, air serta
renovation lagi, sebab tu semua cosway yang tanggung.
Pendapatan 2
Dari network Income contohnya ahli yang
mendaftar di bawah stokis kita, kalau mereka
nak beli barang secara diskaun dan mendapat kupon redemption (penebusan) mestilah
la jadi ahli supaya dapat semua kelebihan tersebut jadinya bila kedai kita
sendiri dah buka nanti, setiap keahlian dan pembelian melalui orang bawah pun
kita masih menikmati komisyen tersebut. Begitu juga dengan mereka yang memohon
untuk membuka stokis melalui anda, jika permohonan mereka berjaya, anda yang
akan mendapat komisyen. (Branch Override)
Pendapatan 3
Melalui pendaftaran Umobile. Sekarang ni
Umobile merupakan salah satu anak syarikat under Berjaya Berhad. So sesiapa yang
ahli eCosway automatik akan menggunakan talian Umobile 018 secara percuma ke no
018 yg lain. Setakat ini mereka akan melebarkan rangkaian mereka di seluruh Malaysia
dan masih lagi dalam proses untuk sampai ke Sabah dan Sarawak. Setiap kali kita
bawa masuk ahli daftar untuk eCosway Umobile
dan stokis pun proses. So setiap kali proses pendaftaran akan dapat
komisyen RM 60/100 jika di stokis KL pendapatan
dari pendaftaran Umobile sahaja hampir RM18,000 setiap bulan untuk stokis.
Pendapatan 4
Sales Target Achievement. Ini kalau kita
capai sasaran sales untuk bulanan tersebut maka akan dapat la bonus ni. Jika
tak dapat sasaran pun tak ada apa-apa masalah, cuma tak dapat la bonus bagi bulan
tersebut.
Pendapatan 5
Melalui pemprosesan keahlian eCosway, setiap
stokis layak untuk mendapat 4% dari nilai pendaftaran tersebut jika ahli
tersebut menggunakan cash 2% jika ahli menggunakan kad kredit.
Pendapatan 6
Pendapatan 6
Pendaftaran eCosway Ambank Kredit kad serta
Debit kad. Setiap pendaftaran akan diberikan RM50 untuk proses. Jika layak atau
tidak itu adalah kuasa bank yang terlibat. Jadi jika kita usul sahaja
permohonan tersebut automatik kita akan dapat komisyen dari proses borang
tersebut. Bukannya dah approve baru kita dapat komisyen. Setiap ahli yang gunakan
kad tesebut, setiap kali swap...kita akan dapat eV iaitu dalam bentuk bonus dan
duit...so jika ramai downline kita yang guna kad kredit lagi banyak la eV yang
kita kumpulkan..antara lain kegunaan untuk shopping serta beli tiket kapal
terbang.
Pendapatan 7
Cabutan wang tunai untuk kedai bertuah yang
terpilih-hadiahnya RM 10k
Pendapatan 8
Melalui jualan secara manual melalui katalog
kepada jiran-jiran atau kawan.
Saya rasa mungkin anda pernah mendengar
tentang program ini dimana-mana yang menyatakan syarat untuk membuka stokis ini
memerlukan RM50K atau sebagainya untuk cagaran. Ini merupakan khabar angin yang
tidak berasas sama sekali. Begitu juga ada yang menyatakan bahawa untuk memohon
projek francais ini haruslah membentuk network atau rangkaian untuk melayakkan
anda memohon. Itu juga adalah tidak tepat. Buka stokis dulu, dapat keuntungan
dan binalah network anda sendiri. Bila dah berjaya orang yang akan cari kita, bukan?
Bila orang nak jadi ahli pun orang akan pergi ke stokis, betul tak? Saya hanya ingin
membantu anda semua supaya berjaya membuka stokis anda sendiri. Itulah matlamat
utama saya hanya untuk sama-sama mendapat keuntungan bukan hanya saya tetapi
untuk anda semua. Anda dapat buka
stokis, anda yang mendapat pulangan. Saya pula mendapat komisyen daripada stokis
yang akan anda buka.
SYARAT-SYARAT BUKA STOKIS
- Mesti la ahli B.O eCosway - syarat Wajib siapa yang belum
mendaftar sila hubungi saya, ni kalau
tak daftar siapa yang nak kasi komisyen. k. Cara nak mendaftar
nanti, anda mesti pergi ke mana-mana stokist Cosway dan bagi tau nak
daftar untuk BO (BUSINESS OWNER) dengan bayaran RM 100. Dekat borang tu
nanti masukkan ID Penaja iaitu saya MY xxxxx. Dah daftar nanti sms saya
nama penuh, no tel anda dan alamat stokist tempat anda mendaftar. Saya
akan hubungi stokist terbabit untuk pengesahan.
- Wanita - kerana kebanyakan produk eCosway adalah barangan Wanita. Jadi jika
lelaki nanti malu la customer nak tanya size cup bra yang available
nanti...betul tak? Jika lelaki pun boleh jadi ahli.. tapi yang memohon
mesti la wanita samada wife, adik beradik, atau kenalan.
- Umur 25 - 55 Tahun.. ni hanya lah guideline saja.. jika 21 tahun pun
masih boleh buka stokis sekiranya dia matang serta berminat utk berniaga...
jika umur tu 55 atau lebih pun boleh tapi mesti la sihat tubuh
badan...cerdas dan cergas.
- Pendidikan minimum SPM - ni semata2 guideline sahaja...tapi kalau PMR pun
tak apa asalkan tahu membaca, mengira dan menulis.
- Tahu Asas Komputer.
- Boleh
menyediakan sekuriti deposit
sebanyak RM 10K bersama 2 penjamin bergaji RM 3-3.5k atau seorang penjamin jika bergaji RM 5k keatas. Ataupun jika tak
mahu penjamin maka deposit RM 30k diperlukan.
- Tapi takpe
kalau tak ada modal sebanyak tu, pinjaman
dan guarantor boleh kami uruskan. Jangan risau kerana jika anda mohon melalui saya, kerana saya direct
terus dengan upline yang paling atas, jadi itu bukanlah satu hal besar
kerana kami ada wakil kami di setiap institusi kewangan yang mengambil
bahagian dalam projek ini asalkan aje anda lulus temuduga kami dan
menerima surat tawaran @ offer letter dari eCosway yang bermakna anda
layak untuk mengusahakan projek francais kami. Bila dah dapat surat tawaran dari pihak Cosway, mereka akan
meminta anda merujuk surat tersebut semasa memohon loan di mana-mana
institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam projek ini (contohnya
BSN), serta-merta loan anda akan diluluskan 100%.. Ini adalah jaminan
Cosway. Kita orang melayukan so kita sama –samalah tolong bangsa kita
sendiri.
- Dinamik serta bersifat
usahawan.
BAGAIMANA NAK MOHON...??
- Isi borang stokistship yg boleh di perolehi dari saya atau (Wakil Francais
konsultan).
- Pilih lokasi anda rasa sesuai dan ambil gambar serta buat
sedikit survey di kawasan tersebut antara nya kepadatan penduduk serta bilangan kaum dan keluasan
kawasan.
- Samada kita nak convert ke perniagaan yang
sedia ada pun boleh juga...
ni antara lain buka peluang pada kawan-kawan kita yang sudah ada
perniagaan tapi hidup segan mati tak mau..hehe...so kita boleh bagi
peluang ni pada mereka juga...
- Contoh Proposal kami sediakan. Anda hanya perlu ikut sahaja.
PROSES PERMOHONAN
- Hantar borang pada saya atau (Wakil Francais Consultant) untuk di hantar ke
HQ di KL. Jangan lupa belajar tentang produk kerana itu akan ditanya dalam
temuduga nanti. Senarai tu akan
saya bagi juga selepas anda mendaftar.
- Aktifkan extra incentives dalam masa 30
hari selepas mendaftar :-
- minimum
100 ev (untuk satu cawangan) = RM 440
- 250
ev untuk 3 cawangan
yang anda ingin buka = RM 1080
- 500
ev untuk tak terhad
berapa banyak cawangan yang
ingin dibuka
(saya akan bagi list pakej produk selepas
anda mendaftar sebagai BO nanti)
3. Tunggu
untuk temuduga dalam 1-2 bulan
selewat-lewatnya (bergantung kepada lokasi yang anda pilih, jika tempat
tu didapati ada potensi maka cepatlah proses pembukaan stokis. Kadang-kadang tak sampai
sebulan).
4. Lulus temuduga akan di hantar training selama 7-10 hari.
5. Final
step sebelum masuk meniaga
kita kena sediakan deposit RM10,000. Ni syarat semata-mata sama macam sewa rumah..mesti ada deposit.. so
kalau kita nak niaga lagi boleh pulangkan semula RM10,000 tu akan dikembalikan.
6) Seperti yang saya nyatakan tadi, loan akan
kami uruskan sekiranya anda tiada modal sebanyak tu. Jaminan eCosway ialah apabila saja anda lulus temuduga, proses
renovatian kedai pilihan anda telahpun bermula walaupan loan yang kita apply
melalui eCosway tadi belum lagi dapat keputusan. Ini bermakna eCosway begitu
yakin akan peratusan kejayaan loan akan diluluskan kerana institusi kewangan
yang terlibat memberi pinjaman merupakan rakan dagangan usahasama eCosway juga.
Pihak bank juga tak minta apa-apa sebagai cagaran. Lagipun anda hanya perlu
membayar deposit terbabit bila kedai sudah siap sepenuhnya dan barang-barang pula
sudah dimasukkan hanya menunggu masa ianya beroperasi sahaja.
7. Saya juga telah dapatkan pengesahan
daripada pihak stokis Bumiputra yang sudah berjaya membuka sales centre
mereka bahawa segala yang eCosway
janjikan adalah benar termasuklah proses pinjaman mereka diluluskan dengan cara
yang mudah sekali tanpa kerenah birokrasi dan mereka pun dah dapat hasilnya
sekarang. Saya akan beri no tel stokis terbabit sekiranya anda
mendaftar. Mereka ini pun bukanlah daripada golongan yang mempunyai wang
secukupnya untuk memulakan perniagaan, tetapi melalui eCosway mereka berjaya
menunaikan impian mereka dan amat berterima kasih kepada eCosway atas peluang
yang diberikan.
8. Tentang Penjamin ini pula ialah untuk
buktikan pada Cosway yang kita ni orang yang boleh dipercayai, tapi penjamin tak perlu risau apa-apa, mereka tiada
tanggungjawab atas kehilangan barang serta masalah kecurian kerana Cosway ada
insurance serta apa-apa masalah mereka rujuk pada pihak Polis serta CCTV, jadi mereka ni cuma jaminan untuk layak buka
kedai sahaja tiada kena mengena masalah yang akan datang.
9. Apabila anda yang lebih awal memohon untuk
membuka stokist di sesuatu kawasan, Cosway akan reserve tempat tersebut untuk
pemohon tadi dan seterusnya block tempat
tersebut daripada pemohon lain. Maksudnya pemohon lain tidak boleh mencadangkan
kawasan tersebut didalam permohonan mereka sehinggalah pemohon awal tadi lulus
dalam temuduga. Jikalau pemohon awal gagal didalam temuduga mereka barulah
sekatan tadi akan ditarik balik dan
dibuka semula untuk pemohon lain. Oleh itu adalah penting untuk anda bersedia
dalam temuduga tersebut. (apa yang akan ditanya dalam temuduga tersebut kami
akan bimbing anda nanti)
Sekian,terima kasih dari saya. Inilah serba
sedikit tentang penerangan yang dapat saya berikan untuk anda. Semoga anda
dapat memahami program ini sebaik mungkin dan seterusnya berani untuk mencuba
sesuatu yang baru dalam hidup anda. Jangan lepaskan peluang ini sementara ia
masih terbuka luas untuk anda. Ingatlah bahawa masa itu emas. Jika terlepas
peluang anda yang akan rugi nanti. First come, first serve.
2 comments:
lokasi yg dipilih sudah ada stokist tp owner nya non muslim, agak2 ok ker?
salam, boleh tanya tak, management akan hantar surat tak utk hadir temuduga? atau sekadar talipon je?
Post a Comment