Thursday, November 26, 2009

PELUANG PERNIAGAAN TANPA MODAL e-FRANCISE PERTAMA DIDUNIA





  1. Kita ada satu projek francais. Tapi projek francais ni sangat special kerana ia tanpa modal. Saya belum pernah jumpa projek macam ni di mana-mana. Mungkin kita yang pertama yang buat projek francais tanpa modal macam ni di dunia! Kita nak bukak mini market. Macam 7 Eleven, jual barang serbaneka.
  2. Bila sebut francais, kita akan teringatkan McDonald, KFC, Old Town Kopitiam.
  3. Kalau francais lain, biasanya modal sekitar RM500k hingga RM1j.
  4. Contohnya kita bukak kopitiam. Meniaga ok atau tak ok, sewa tetap kena bayar. Kita tak boleh kata pada owner premis, “bos, meniaga tak ok bulan ni. Boleh tak kalau tak bayar sewa bulan ni?” Tapi meniaga apa pun, sewa tetap kena bayar.
  5. Company kita, Berjaya Group sekarang nak bukak 1000 kedai. Sekarang yang ada baru tak sampai 250 kedai. Kita nak offer kepada Melayu minimum 300 kedai. Tapi Melayu yang dah dapat baru 12 kedai. Yang lain semua Cina. India, Singh masih belum ada langsung.
Kat mana kita nak bukak?
  • Kita nak bukak di semua hypermarket di Malaysia ni. Di Giant, Tesco, Carrefour, EconSave.
  • Kita juga nak bukak di apartment bersebelahan dengan kedai dobi, salon dan kedai runcit.
  • Kita juga nak bukak di rumah kedai. Kalau boleh sebelah 7 Eleven, Speed99, Mydin, restoran Mamak 24 jam, Avon.
Apa yang company sediakan?
  • Bila dapat kedai, company akan buat renovation. Semua ubahsuai, aircond, rak, cermin, cctv, plasma tv, fax machine, computer dan printer, company yang sediakan. Kos semuanya dalam RM100k.
  • Bila kedai dah siap ubahsuai, barang pun sampai. Jumlah barang antara RM300k hingga RM500k. Tak payah bayar. Bila laku, baru bayar. Semuanya consignment based.
  • Cukup bulan, sewa kedai company yang bayar.
  • Pasang aircond hari-hari, lampu, computer pun guna hari-hari. Bila bil elektrik sampai dua ribu atau tiga ribu Ringgit, jangan takut, company jugak yang tanggung.
  • Pencuri samun, perompak bawak pistol pun jangan lawan. Insurance cover. Kedai terbakar pun insurance cover.


Apa yang perlu kita tanggung?
  • Bil air. Cuma berapa puluh ringgit je.
  • Bil telefon. Tapi kalau pakai 018 dah percuma. SMS, MMS, Voice Call, Video Call semua free.
  • Gaji budak yang bantu kita di kedai. Sorang baru 700-800.
Apa yang perlu dibuat?
  • Bila dapat kenal pasti kedai kosong yang bagus, sila ambil gambar depan, belakang dan persekitaran. Dapatkan maklumat jumlah penduduk sekitar. Juga kenal pasti kemudahan sekitar seperti stesen minyak, bank, pejabat kerajaan.
  • Kita nak tempat yang strategik, depan jalan. Jangan ambil kedai barisan belakang, sebelah wokshop atau bengkel. Kita juga tak mahu buka di tempat yang terlalu banyak bank dalam 1 deretan. Bila banyak sangat bank, parking susah dan malam takde orang.
  • Pastikan kedai kosong dan dapatkan nombor kontek.
  • Buat pilihan. 1st choice di tempat yang spesifik.
  • 2nd choice di mana-mana hypermarket di dalam daerah.
  • 3rd choice di mana-mana kedai di dalam daerah.
  • Bila dah submit proposal, pemohon mesti lulus interview.
  • Kita nak orang yang ada kualiti. Mesti pandai urus kedai. Mesti ringan mulut dan rajin.
  • Selepas lulus interview, company hantar training 10 hari. Semua ditanggung. Hotel 4 star, elaun makan RM50 satu hari. Tambang tiket kapal terbang pun kita bagi untuk pemohon dari Sabah & Sarawak.

Ada syarat tak?
  • Meniaga tanpa modal mesti ada syarat!
  • Syarat pertama pemohon mesti perempuan. Yang separuh tak boleh.
  • Syarat kedua pemohon berumur 25-50 tahun. Kalau umur 55 tahun tapi depan cermin macam 45 pun kita terima. Budak-budak bawah 25 tahun tapi nampak matured macam 25 pun kita terima.
  • Syarat ketiga kena jadi discount club member. (jadi ahli lah!).
  • Saya bukan bos, saya pun sama macam tuan-tuan. Saya cuma discount club member. Bayar RM100 saje.

Kenapa perempuan saja?
  • Sebab kita ada lebih 10 produk utama yang sensitive dan khusus untuk wanita. Lelaki susah nak jual. Perempuan juga lebih teliti dan boleh duduk dalam kedai. Kalau lelaki, baru duduk 10 minit dalam kedai dah nak keluar minum teh. Lelaki selalu mengular. Sembang berjam-jam. Tapi perempuan ok.
  • So lelaki nak buat apa? Lelaki boleh jadi pemohon bersama. Lelaki boleh suruh isteri atau adik beradik yang bukak. Kalau lelaki tu ada 4 isteri, boleh bukak 4 kedai.

Lelaki boleh buat apa?
  • Lelaki boleh jadi introducer. Katakanlah brader ni offer 10 kawan dia untuk bukak kedai tanpa modal. Siapa tak nak? 10 orang ni berminat dan apply dan lulus. Setiap bulan sales kawan tu adalah sales dia. 1 kedai komisen yang dia dapat dalam dua ribu. Kalau sepuluh kedai bermakna 20 ribu. Selagi kedai tu bukak, selagi tu brader ni dapat income.
  • Lepas tu kawan dia yang bukak kedai pun offer pada orang lain. Orang lain pun bukak kedai jugak. Dari 10 jadi 20, 20 jadi 40. Dalam tempoh 3 tahun dah boleh kembang jadi 200 kedai. 200 kedai kali RM2000 dah dapat RM400,000!!! Cukup tak?
  • Kita bukan nak bukak di Malaysia saja. Kita nak bukak di Singapura 200 kedai. Indonesia 3000 kedai. Thailand 2000 kedai. Korea 5000 kedai. Brunei, Taiwan, Macau, Australia, Hong Kong.
  • 2010 kita nak buka di USA, China, Vietnam, Jepun, New Zealand.
  • So bisnes ni besar. Kita bukan nak orang Melayu saja.

Apa nama kedai?
  • Nama kedai ialah e-cosway. Kita bukan cosway. Cosway dan e-cosway tak sama. Cosway dah lebih 30 tahun, e-cosway baru beberapa tahun. Konsep kedai pun baru setahun lebih. E-Cosway dan Cosway different management. E-Cosway open to Asia Pacific countries. Cosway cuma untuk orang Malaysia. E-cosway juga boleh online.
  • Konsep E-Cosway macam mini market, boleh tengok barang, masuk bakul. Kalau Cosway guna stokis, tengok kalatalog, bayar baru dapat.

Apa pendapatan kita?
  • Kita akan dapat komisen dari penjualan kedai sebanyak 10% untuk 6 bulan pertama dan 5% untuk bulan-bulan seterusnya. Selain itu, kita ada insentif tambahan. Sebenarnya insentif tambahan yang sangat banyak.


Ada
jumlah sasaran tak?
  • Ada. Jualan sasaran hanya 20x sewa kedai. Dan jumlah tersebut memang sangat mampu dicapai.

1 comment:

Anonymous said...

Selepas lulus interview, company hantar training 10 hari. Semua ditanggung. Hotel 4 star, elaun makan RM50 satu hari. Tambang tiket kapal terbang pun kita bagi untuk pemohon dari Sabah & Sarawak.......?????

Setakat ini, kawan-kawan yang membuka stokis di Sabah dan Sarawak tanggung sendiri perbelanjaan semasa di KL. Mana kebenaranya?